Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan kembali lagi....



Alhamdullillah.......aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur oleh Allah untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala ini. Ini adalah kali ke-24 aku bersama dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pengertian puasa ini bukan terbatas kepada menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja,tapi lebih luas lagi mengekang semua anggota badan dari melakukan maksiat kepada Allah....Semoga kita semua memanfaatkan kehadiran bulan penuh keberkatan ini dengan meningkatkan amal ibadat kepada Allah....

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat....semoga amal ibadatmu diterima Allah!!!!!!!!!

Thursday, July 15, 2010

Patung besar Jesus dipanah petir !!


Allah Maha Besar!!!!! Allahuakbar!!

Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe, Ohio, US. Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepangkan tangan seolah2 berdoa ke langit.

Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'. patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber.

Pada 15/06/2010, patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.

Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya.

Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah.





Monday, February 1, 2010

Bahayanya sentimen agama dan perkauman..



Sejak akhir-akhir ini,negara dikejutkan dengan peristiwa penyerangan gereja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Peristiwa yang berlaku di beberapa buah gereja antaranya Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Life Chapel di Petaling Jaya yang terbakar akibat diserang dengan molotov koktail.Peristiwa itu disusuli dengan perbuatan khianat cubaan membakar surau di Muar dan melontar kepala babi di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku ini menimbulkan persoalan dalam diriku bahawa sudah hilangkah sifat hormat-menghormati dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara yang sentiasa dilaung-laungkan itu.Rentetan beberapa tragedi kaum yang menodai keharmonian masyarakat tanah air kita masih tidak cukupkah untuk dijadikan panduan dalam membina kekuatan bangsa.Peristiwa 13 Mei 1969,tragedi Kg Rawa,tragedi Kg Medan masih segar dalam ingatan mereka yang sempat melalui saat-saat hitam itu. Dalam peristiwa-peristiwa yang tercetus itu, banyak nyawa orang yang tidak berdosa menjadi korban manakala pihak yang mencetuskan ketegangan bebas tanpa hukuman.Petualang-petualang negara ini harus ditangkap segera untuk mengelakkan sesetengah pihak menangguk di air keruh di dalam kekalutan yang tercetus.

Dalam mengatasi masalah ini,toleransi dalam kehidupan beragama wajar dijadikan panduan. Dialog antara ketua-ketua agama dan perbincangan empat mata harus diadakan untuk menyelesaikan masalah pergeseran kaum dan agama dalam negara kita. Media juga harus memainkan peranan untuk memulihkan keadaan ini daripada terus meruncing dan memupuk kembali perpaduan kaum. Semoga segala usaha-usaha murni yang dilakukan mendapat keberkatan daripada Allah untuk mencapai keberkatan dalam apa jua usaha kita....

Pembenci masjid masuk Islam!!!


Jika Allah mahu memberikan nur hidayahnya kepada seseorang,maka tiada siapa pun yang mampu menghalangnya.Begitulah yang terjadi ke atas diri bekas "musuh agama Allah" yang berasal dari Switzerland ini.....

Daniel Streich, ahli politik Swiss, yang terkenal kerana kempen menentang pembinaan masjid di negaranya, tanpa disangka-sangka memeluk agama Islam.

Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan dia adalah orang pertama yang mencetuskan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Dia berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kesaksian Streich ke agama Islam membuat heboh seluruh Switzerland.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Dia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di negara itu, dan membuka jalan bagi opini publik terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropah di Switzerland.

Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada saat ini ada empat masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari “pengampunan dosanya” yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahwa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.

Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Swiss (SVP). Dia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya menentukan tindakan parti. Selain petisyennya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangkan militer di Swiss Army kerana popularitinya.

Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki dampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemudian disebut oleh SVO sebagai syaitan.

Dulu, dia mengatakan bahwa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan publik tentang keIslamannya. Streich mengatakan dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya.

Sunday, January 31, 2010

Senarai 40 manusia terkaya Malaysia 2009

Menurut Forbes dari 40 senarai rakyat Malaysia yg terkaya cuma ada 9 org melayu.Inilah hasil pencapaian ekonomi orang Melayu setelah hampir 53 tahun merdeka..hanya 9 daripada 40 orang...


RankNameNet Worth ($MIL)Age
1 Robert Kuok 9,000 85
2 Ananda Krishnan 7,000 71
3 Lee Shin Cheng 3,200 70
4 Lee Kim Hua 2,500 80
5 Teh Hong Piow 2,400 79
6 Quek Leng Chan 2,300 68
7 Yeoh Tiong Lay 1,800 79
8 Syed Mokhtar AlBukhary 1,100 57
9 Tiong Hiew King 1,000 74
10 Vincent Tan 750 57
11 Azman Hashim 470 69
12 William H.J. Cheng 390 66
13 G. Gnanalingam 260 64
14 Lim Kok Thay 225 57
15 Anthony Fernandes 220 45
16 Mokhzani Mahathir 215 48
17 Lee Oi Hian 210 58
18 Chan Fong Ann 209 78
19 Kamarudin Meranun 205 48
20 Chong Chook Yew 200 87
21 Chen Lip Keong 195 61
22 Lee Swee Eng 190 53
23 Jeffrey Cheah 185 64
24 Lim Wee Chai 180 51
25 Ahmayuddin bin Ahmad 175 52
26 Lee Hau Hian 174 55
27 Lau Cho Kun 165 73
28 Vinod Sekhar 150 41
29 Liew Kee Sin 140 50
30 Tiah Thee Kian 135 61
31 Rozali Ismail 130 53
32 Lin Yun Ling 115 54
33 Yaw Teck Seng 113 71
34 Goh Peng Ooi 112 53
35 Eleena Azlan Shah 110 49
36 David Law Tien Seng 105 NA
37 Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir 100 61
38 Hamdan Mohamad 98 53
39 Tan Teong Hean 95 65
40

Kua Sian Kooi 90 56





Tan Sri Robert Kuok, peneraju Kumpulan Kuok, kekal sebagai rakyat Malaysia terkaya tahun ini walaupun nilai bersih kekayaannya merosot.

Nilai bersih jutawan itu mencapai AS$9 bilion berbanding AS$10 bilion setahun lalu, demikian menurut Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia 2009 yang didedahkan semalam.

Dalam satu kenyataannya semalam, Forbes berkata Kuok menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan penyenaraian 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.

Saturday, January 30, 2010

Salam Perkenalan daripadaku......


Tergerak hatiku untuk terjun ke dunia blogger setelah sekian lama memendamnya akhirnya tercapai jua...bukan apa,sekadar untuk berkongsi segala ilmu,pengalaman,suka duka dan pahit maung dalam kehidupan ini. Segala tunjuk ajar daripada teman2 ku sangat diperlukan untuk memperkemaskan pengisian di dalam laman hidupku yang serba naif ini.......~salam perjuangan~